Saturday, October 2, 2010

Tarian Melayu

Tarian melayu dibahagikan kepada empat kategori iaitu tarian istana, dramatori, tarian moden dan tarian rakyat. setiap kategori ada asal usulnya tetapi tidak semua kekal. Tarian yang sangat terkenal di kalangan orang melayu kita ialah tarian zapin. Tarian ini diilhamkan oleh peranakan arab dan berasal dari Yemen. Tarian Zapin ini sungguh anggun sekali pergerakannya. Sayangnya tarian melayu tidak sepopular terakhir kali kerana orang ramai lebih memilih tarian orang barat yang mendapat puji-pujian dan dikatakan 'cool'. walaubagaimanapun dunia ini berputar dan sering mengalami berubahan. Untuk mengekalkan budaya melayu di generasi seterusnya kita harus mengajar mereka bagaimana hendak menari tarian melayu dan mendidik sejak kecil lagi. jika ia tidak dilakukan besar kemungkinan cucu-cucu dan cicik-cicik kita tidak akan mengenali apa itu tarian zapin dan ini adalah permulaan dari memudarnya budaya melayu kita.

No comments:

Post a Comment