Friday, October 1, 2010

Baju Kurung
Sama seperti kaum india dan cina, kaum melayu juga mempunyai baju tradisional tersendiri. Baju yang dinamakan Baju Kurung dipakai oleh kaum melayu untuk beraya dan bagi kaum lelaki islam untuk ke masjid menunaikan solat jumaat juga. baju kurung bagi perempuan adalah blus sepanjang hingga ke lutut dan dikenakan di atas kemeja yang di lipit di samping. bagi kaum lelaki pula baju lengan pangjang dan dikenakan dengan seluar sepasang bersama baju. Ia juga boleh dilengkapkan dengan memakai songkok dan kain samping. untuk kaum wanita bukan sahaja baju kurung yang tersedia tetapi kebaya juga. kebaya diperbuat daripada kain kasa dan di kenakan dengan kain batik atau songket. oleh kerana kain kasa dapat dilihat kaum wanita seharusnya memakai sehelai baju kabur supaya tidak terlalu terdedah. Ramai remaja zaman kini sudah tidak peduli akan menutup aurat kerana tidak memakai baju yang kabur sebelum memakai kebaya. Mungkin mereka dipengaruh dengan budaya orang barat yang tidak hairan jika kaum wanita menelanjangi diri mereka

No comments:

Post a Comment