Sunday, October 10, 2010

Peralatan muzik Tradisional Melayu

Peralatan muzik tradisional masih terdapat pada masa kini dan terus diterima oleh masyarakat melayu di melaysia. seperti peralatan yang lain alat muzik semua menghasilkan bentuk ragam. terdapat pelbagai alat yang telah dihasilkan pada zaman lampau. Bunyi alat muzik yang berbeza boleh menghasilkan bentuk lagu yang sangat merdu. walaubagaimanapun generasi muda yang akan datang mungkin tidak akan mendengar lagu melayu yang asli oleh kerana pengaruhan dari negara barat sungguh meluas sekali. Peralatan muzik melayu ini mungkin tidak dapat dikekalkan oleh kerana remaja yang seringkali menyesuaikan diri dengan alat moden sekarang

Bentuk Rumah Tradisional Melayu

Bentuk rumah tradisional melayu dipengaruhi oleh cara hidup,ekonomi,iklim dan juga lama persekitaran.bentuk rumahnya sungguh mudah ianya tiangnya diperbuat daripada anak-anak pokok kayu dan seluruh rumah diperbuat daripada kayu dan bumbumgnya daripada atap nipah atau rumbia. Rumah ini boleh dikenali sebagai rumah kampung ianya masih wujud pada zaman kini di negara yang tidak membangun seperti thailand dan indonesia. walaubagaimanapun beberapa rumah kampung tidak begitu stabil dan boleh runtuh jika dilanda oleh tanah runtuh atau angin ribut.

Seni Batik

Batik merupakan tekstil yang dihasilkan melalui proses menerapkan lilin dan mencelup kain. seni batik ini sungguh unik sekali dan sangat istimewa kerana tidak ada sehelai batik yang sama coraknya. Kain batik seringkali dipakai oleh kaum wanita yang selalu dikenakan dengan memakai baju kebaya.

Wayang kulit

wanyang kulit adalah sejenis pertunjukkan wayang yang dipentaskan ssekitar malayan achipelago. Pada Zaman dahulu,sebelum televisyen direka dan diperkenalkan ke seluruh dunia, datuk dan nenek kami selalu menonton wayang kulit sebagai bentuk hiburan. Wayang kulit ini berasal dari tradisi jawa-hindi bhuddist. pada Zaman moden ini wayang kuliy tidak lagi ditonton oleh orang ramai kerana teknologi yang semakin canggih dan televisyen yang sudah direka dan diperkenalkan ke seluruh dunia. Pendek kata, wayang kulit tidak akan kekal di dalam budaya melayu.

Saturday, October 9, 2010

Pantun budaya melayu

pantun adalah bentuk tradisional dari ayat melayu. Pada Zaman dahulu pantun digunakan untuk meluahkan perasaan tidak kira ketika seseorang itu dalam keadaan marah sedih gembira mahupun bercinta.Ia juga digunakan ketika pihak lelaki hendak merisik pihak perempuan di dalam sebuah perkahwinan. Pantun boleh menjadi romantis ketika tujuan seorang lelaki hendak memikat hati seorang wanita.Jikalau kita memahami pantun tersebut dengan lebih mendalam, makna pantun yang tersirat akan dapat dilihat. Pada pandangan saya, pantun adalah sesuatu yang boleh menghantarkan mesej yang kuat ke seluruh dunia mengenai sesuatu. Pantun juga berkenaan dengan musik kerana musik berasal dari puisi pantun.

Perkahwinan Adat Melayu

Dalam perkahwinan adat melayu ada banyak tahap berkisar dari merisik hingga ke hari persandingan. Adat resam perkahwinan ini masih kekal didalam masyarakat melayu zaman sekarang bermakna semua tahap yang ada masih lagi diteruskan. Dahulu perkahwinan dilakukan dalam satu minggu tetapi pada zaman sekarang banyan perkara yang diringkaskan sehingga dilakukan dalam masa sekurang-kurangnya dua hari.

Saturday, October 2, 2010

Tarian Melayu

Tarian melayu dibahagikan kepada empat kategori iaitu tarian istana, dramatori, tarian moden dan tarian rakyat. setiap kategori ada asal usulnya tetapi tidak semua kekal. Tarian yang sangat terkenal di kalangan orang melayu kita ialah tarian zapin. Tarian ini diilhamkan oleh peranakan arab dan berasal dari Yemen. Tarian Zapin ini sungguh anggun sekali pergerakannya. Sayangnya tarian melayu tidak sepopular terakhir kali kerana orang ramai lebih memilih tarian orang barat yang mendapat puji-pujian dan dikatakan 'cool'. walaubagaimanapun dunia ini berputar dan sering mengalami berubahan. Untuk mengekalkan budaya melayu di generasi seterusnya kita harus mengajar mereka bagaimana hendak menari tarian melayu dan mendidik sejak kecil lagi. jika ia tidak dilakukan besar kemungkinan cucu-cucu dan cicik-cicik kita tidak akan mengenali apa itu tarian zapin dan ini adalah permulaan dari memudarnya budaya melayu kita.